Thursday, February 25, 2010

haloo...

ai..lama xmenaip..how are u all?
ada baik?
lately ni bz giler..
dah 2 week xtido malam..lepak..
tp nk wat camna..work must be done..
teringat aku pesan Haji Z....

'semua perkara yang kita buat ni mesti kita buat sampai abes,jangan biarkan kerja menanggung kita,nanti susah hidup'

Tulah yang wat aku bersemangat siapkan juga kerja-kerja aku...
Sebelum ni,aku rasa kerja di bahagian perancangan ni semudah kita merancang dan tuhan yang menentukan..tapi salah,baris tadi tak boleh digunakan dalam frasa perancangan, aku kerja sebagai planner ni mulanya hanya sekadar menerima tawaran, 2 bulan aku bergelut nak biasakan diri,memang giler jugaklah,kerja pagi,balik petang, masuk malam,keluar pagi,pastu masuk balik pagi....nasib baik aku xmcm officer aku yang lain,lebih-lebih lagi yang ada komitmen famili, girlfriend ngan tunang, kerja setakat sampai matahari terbenam, pastu last minit kerja-kerja bertaraf officer diserahkan pada kerani yang rata-rata pas SPM je, then bila kerani-kerani tu xsempat siapkan kerja dorang, pandai je meletakkan kesalahan kat dak-dak kerani,kadang kesian jugak,tapi nak wat camna,dah nasib dapat officer mcm tu..

Aku?Alhamdulillah xda masalah wat masa ni,aku pon harap dapat terusan tenang je macam ni,malas nk melayan kerenah mengampu bos dikalangan officer, bagi aku yang penting,kerja aku setel,hati tenang,xdalah kerja menanggung kita..

Tapi,biasalah dalam hidup kita kena ada target,aku pon xtaw sampai bila aku akan kerja sebagai pegawai sambilan kat sini,aku harap dapat lah kerja tetap pulak,leh pikir-pikir nak kawin,haha..
kalo kena pindah bahagian lain?bagus jugak,sebab bagi aku perancangan ni terlalu tinggi bagi orang yang cetek pengalaman,yang xberapa berani nk wat keputusan macam aku ni, mungkin aku leh join kawan-kawan pembangunan hartanah,o.k sket kot,kenalah jugak ngan kos aku belajar dulu,dan perancangan akan jadi pengalaman aku yang paling indah..kenapa?hmm..sebab banyak benda aku belajar,paperwork pembangunan aku pon makin baik,so xda masalah kalo aku kena transfer tempat lain..

hmm..
panjang dah kita borak..time to sleep,kita jumpa lagi nanti,after aku bangun tido ker..da ngantok giler dah,sok kna bangun awal plak (salah satu benda aku xbrapa suka) sebab ada perarakan Maulidurasul kat Kota.

keh,hadiahkan Al-Fatihah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, sempaena hari keputeraan baginda,Amin..

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment